Pengenalan Diri
Assalammualaikum..
Nama penuh saya ialah Siti Norashikin binti Esa. Saya dilahirkan pada 18 Januari 2001 dan saya berumur 20 tahun. Saya menetap di Felda Jengka 13, Bandar Jengka, Pahang. Kini, saya tinggal bersama ibu dan kakak saya kerana ayah saya meninggal pada tahun 2019 sewaktu saya berumur 18 tahun. Saya mempunyai lapan orang adik-beradik iaitu lima orang abang dan dua orang kakak, dan saya merupakan anak yang terakhir atau anak bongsu dalam keluarga. Saya bersekolah rendah di SK (LKTP) Jengka 13, sekolah menengah di SMK Jengka 12, dan tahap STPM di SMK Jengka Pusat.
Setelah memperoleh keputusan STPM, saya dapat melanjutkan pengajian peringkat tinggi iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian. Pada setiap petang, saya suka melakukan beberapa aktiviti riadah seperti bersenam atau bermain badminton untuk berpeluh bagi menyihatkan badan. Di samping itu, saya suka melakukan aktiviti menanam sayur dengan ibu kerana ia akan membawa hasil. Ini sahaja perkongsian pengenalan saya pada hari ini.
Raya PKP 3.0 💓💗
Comments
Post a Comment