PERNIAGAAN BOUQUET

 

    Perniagaan bouquet dan suprise box merupakan perniagaan yang dimulakan oleh kakak saya. Selepas saya habis belajar di peringkat STPM, saya bekerja dengan kakak saya dengan membuat bouquet bunga, coklat, tudung, dan sebagainya untuk mendapatkan pendapatan sampingan sementara menunggu keputusan peperiksaan dan panggilan kemasukan Universiti. Perniaagan ini mendapat sambutan yang hebat di mana banyak ahli keluarga yang tidak dapat pulang ke kampung akibat perintah kawalan pergerakan (PKP). Oleh sebab itu,  mereka membuat tempahan kepada kami untuk dihantar kepada ahli keluarga di kampung tanda ingatan mereka. 

     Selain itu, saya juga menerima tempahan luar kawasan di mana bouquet dan suprise box diposkan di kawasan yang dikehendaki. Tempahan yang diterima melalui atas talian iaitu Instagram, Facebook, Shopee dan sebagainya untuk meluaskan perniagaan. Banyak cabaran apabila berniaga atas talian dan perlu menanggung risiko seperti kerosakan apabila diposkan kepada pelanggan. Umum mengetahui bahawa, perniagaan seperti ini perlu idea yang kreatif untuk menghasilkan bentuk yang menarik. Walaubagaimanapun, saya suka berniaga untuk mendapatkan hasil pendapatan sendiri. 

                            






Comments