PENYAKIT KOLERA
Penyakit kolera atau taun merupakan penyakit bawaan air dan makanan yang disebabkan oleh jangkitan bakteria. Penyakit kolera boleh menyebabkan kematian kerana mengalami dehidrasi yang teruk di mana kekurangan di dalam badan. Umum mengetahui bahawa penyakit ini mudah merebak di kawasan yang kotor melalui jangkitan pengambilan makanan dan minuman yang tercemar. Individu yang mengalami ciri-birit petanda terkena penyakit kolera. Baru-baru ini, kes penyakit kolera ini telah dikesan di salah satu daerah Negeri Selangor. Oleh itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysai (KKM) menasihat orang awam agar makan makanan yang bersih.
Penyakit kolera ini boleh dicegah dengan memastikan kebersihan diri terjamin. Sebelum makan, pastikan tangan dibasuh dengan bersih agar jangkitan bakteria tidak masuk ke dalam badan. Selain itu, makan makanan yang dimasak dengan sempurna dan bukan makanan yang mentah. Hal ini dikatakan demikian, makanan mentah mempunyai bakteria yang boleh menjejaskan kesihatan. Penyakit kolera ada hari bermusim endemik di sesetengah negara seperti Afrika. Penyakit ini amat mementingkan kebersihan dari semua aspek iaitu tempat tinggal, makanan, dan pakaian agar tidak mudah merebak. Jelaslah bahawa semua perkara mementingkan kebersihan agar tidak menjejaskan kesihatan diri dari pelbagai penyakit yang berbahaya.
Comments
Post a Comment