Jenayah Buli
Jenayah Buli
Sejak-sejak akhir ini, jenayah buli sering berlaku dalam kalangan pelajar. Buli merupakan tingkah laku yang agresif yang boleh mencedera individu dari segi mental, fizikal, dan emosi. Terdapat empat jenis buli, antaranya buli siber, buli lisan, buli fizikal dan buli hubungan. Jenayah buli sering dilakukan oleh pelajar adalah hanya untuk menunjukkan kekuatan mereka di khalayak orang ramai. Umum mengetahui bahawa jenayah buli banyak berlaku di asrama terutamanya asrama pelajar lelaki. Sebagai contoh, individu A menyuruh individu B membasuh baju, jika tidak mendengar arahan tersebut akan dipukul.
Selain itu, pembuli melakukan buli adalah untuk membalas dendam sehingga boleh meragut nyawa individu. Mereka berasa puas melakukan buli. Semakin mangsa merasai ketakutan, semakin tinggi darjah kepuasan pembuli sehingga tidak rasa bersalah terhadap tindakannya. Umum mengetahui bahawa jenayah buli boleh merosakkan masa depan pelajar kerana jenayah ini merupakan salah laku yang berat dan mempunyai akta tersendiri. Oleh itu, jenayah buli perlu dibanteras oleh semua pihak agar tidak berleluasa dan perlu mengambil tindakan terhadap pembuli untuk diberi pengajaran yang sewajarnya.
Comments
Post a Comment