MICROSOFT ACCESS
Microsoft Access merupakan aplikasi yang telah dibangunkan oleh Microsoft. Microsoft Access juga dikenali dengan database atau perisian pangkalan data yang berfungsi untuk merancang dan mengumpul setiap data yang diberikan. Aplikasi amat membantu dalam pengisian data dan mudah mengenal pasti setiap data dengan menggunakan form dan design view. Microsoft Access dapat mengubahsuai dengan menggunakan grafik yang menarik yang telah disediakan dalam aplikasi tersebut. Sebagai contoh, membuat resume dengan menggunakan Microsoft Access untuk mendapatkan hasil resume yang cantik dan dapat dilakukan dengan cepat dan pantas.
Semasa di dalam kelas, apa yang dipelajari ialah microsoft access mampu mengisikan maklumat yang besar atau dapat mengehadkan data yang tidak perlu untuk memudahkan pengisian maklumat. Selain itu, microsoft access memudahkan individu dalam membaca maklumat yang telah diubahsuai menggunakan microsoft access. Sebagai contoh, maklumat peribadi diisi dengan menggunakan microsoft access untuk dijadikan sebagai resume dan dapat digabungkan dengan file lain yang dipanggil attachment serta dapat meletakkan gambar yang menggunakan paint. Oleh itu, Microsoft Access sangat mudah digunakan dan mengurangkan kos penghasilan maklumat.
Comments
Post a Comment