Sistem Pertanian
Semasa saya di Sekolah Menengah saya mengambil subjek pertanian sebagai subjek elektif. Saya amat meminati aktiviti penanaman dan saya mengambil kursus tersebut. Kursus yang perlu dilakukan penanaman sawi menggunakan sistem hidroponik. Penggunaan sistem menghasilkan sawi yang berkualiti tanpa serangan serangga perosak. Selain itu, di rumah saya dan abang menanam pokok cili menggunakan sistem fertigasi sebanyak 140 pokok. Sistem ini amat digalakkan di ruang yang sempit tetapi menghasilkan kuantiti yang banyak. Walaubagaimanapun, penanaman ini banyak menggunakan racun terutamanya pokok cili. Hal ini dikatakan demikian kerana, pokok cili mudah diserang penyakit dan sangat sensitif. Pokok cili ini akan diracun tiga hari sekali untuk memastikan pokok cili tidak rosak. Oleh itu, sistem penanaman seperti di atas menunjukkan perubahan zaman dan dapat meningkatkan hasil kualiti tumbuhan.
Comments
Post a Comment