MUSIM BANJIR
Pada setiap hujung tahun akan berlaku musim tengkujuh iaitu musim banjir. Bencana alam banjir sering berlaku di pantai timur yang melibatkan negeri Pahang, Terengganu, Kelantan. Banjir ini berlaku disebabkan hujan yang berterusan yang luar biasa sehingga berlakunya tanah runtuh dan sebagainya. Apabila berlaku banjir memberikan kesan buruk iaitu bekalan makanan terputus, sistem perhubungan terputus, kerosakan harta benda dan sebagainya yang mendatangkan kerugian kepada masyarakat. Sebagai contoh, banjir di Selangor di mana semua benda tidak dapat diselamatkan kerana air begitu deras sehingga terpaksa duduk di atas atap rumah untuk menyelamatkan diri. Banyak mangsa yang terjejas dan memerlukan pertolongan dari pihak agensi keselamatan. Di samping itu, masyarkat perlu sentiasa berwaspada dan buat persediaan awal apabila menghadapi musim banjir. Hal ini kerana, banjir merupakan bencana alam yang tidak dijangka dan boleh meragut nyawa. Semua pih...